Dugaan Pertunangan

Dugaan bertunang.
Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat semua, bila sebut dugaan bertunang mesti kita terfikir soal kecurangan salah satu dari seorang itu kan. namun hakikat dugaan itu sebenarnya lain. banyak jenis dugaan yang ada dalam status pertunangan ini. ini aku ceritakan sedikit kisah dugaan yang aku lalui ini.

pada 1 Jun 2016, aku ditawarkan untuk berkhidmat dengan POS MALAYSIA. betapa aku bersyukur kepada Allah, kerana memberi aku rezeki dengan baik. aku rasa bahagia sangat dan tiada masalah dalam keadaan pekerjaan aku dengan gaji 1400.00 sebulan. kerana aku selalu bersyukur dan berdoa pada Allah, bila aku keluarkan gaji. hampir 5 bulan aku bekerja. terlintas dalam hati aku untuk menamatkan zaman bujang aku. aku pun berbincang dengan bakal tunang aku. dan di gembira dengan apa yang aku kabarkan. ye la mana ada perempuan tak gembira dengar nak tamat zaman bujang. jadi aku dengan bakal tunang aku rancang nak bertunang pada 28 Feb 2017 dan nikah pada 29 Jul 2017. Jadi perancangan kami pun berjalan dengan lancar disamping, sering berdoa pada Allah agar perancangan kami berjalan dengan lancar, kerana Allah lah yang menentukan segalanya. jadi semua berjalan seperti yang kami inginkan. kami beli barang tunang semua. bulan keenam aku berkerja sebagai posmen. pada 5 Nov 2016 aku terima satu surat dari ATM. surat lapor diri untuk menjalani latihan asas ketenteraan. masa tu, aku ada masa yang amat singkat, sebab ada berapa hari je nak lapor diri. aku mula tak tenteram, sebab perlu buat keputusan untuk masa depan aku.

jadi aku pon berbincang dengan bakal tunang aku, dia larang aku untuk pergi. sampai bergaduh besar lah. di merajuk, jadi aku balik kampung jumpa keluarga aku. minta pendapat. keluarga aku sokong, tambah pulak kawan-kawan di pejabat semua sokong. aku bukan risau apa. cuma risau kalau aku berhenti kerja pos malaysia tiba-tiba masa kat sana dalam seminggu aku gagal kat sana. tu je yang buat aku risau. jadi bila dah banyak sokongan keluarga dan kawan-kawan aku pun yakin untuk pergi. jadi yang tak restu cuma bakal tunang aku. aku pun pujuk dia. dan cakap pada dia tak pe lah. keluarga aku akan pergi kerumah dia untuk majlis tunang cuma aku jelah yang tak da nanti. 11 Nov 2016 aku pun lapor diri. bermulalah kisah hidup aku di PUSASDA. seminggu pertama ok la cuma tidur tak cukup. sampai la sebelum nak angkat sumpah. ada ujian fizikal. tu la masa aku rungsing dan risau. takut-takut tak lepas. jadi aku pon langar je apa nak jadi-jadi lah. berlari, berguling, naik turun pusing semua ada. ujian akhir jumpa doktor. aku pun masuk jumpa doktor. hati berdebar-debar, masuk jumpa doktor. doktor periksa semua. tup-tup aku lepas ujian tu dan layak angkat sumpah. Allah bersyukur pada mu ya Allah. 19 Nov 2017 tarikh angkat sumpah aku. tarikh itu lah aku bergelar seorang tentera. terasa bangganya aku. dapat capai cita-cita aku untuk jadi tentera. latihan pon bermula sepak, terajang, penampar dan maki hamun hanya makanan kami. 2 bulan berlalu perit getir aku lalui jua. namun keadaan kesihatan aku semakin kearah teruk. sakit yang aku alami dulu seolah hadir kembali. urat aku membengkak. hal ni menganggu kesihatan aku untuk menjalani latihan. aku tahan dan diam walaupun ditanya sakit apa, aku cuma cakap melecet. masuk bulan ketiga. bertambah penyakit baru, kuman pada mata. masa tu nk buka mata pun tak boleh. terpaksa lapor sakit. hari pertama lapor sakit terus dimasukan ke wad. hampir seminggu aku diwad. hari ke lapan aku berjumpa doktor. masuk bilik chek mata ok. sampailah ke kaki doktor tengok belakang lutut aku lebam sebab urat bengkak. sehari lagi aku ditahan wad. masa tu hati aku seronok sebab tak payah masuk training hahaha... jadi hari kesembilan jumpa doktor semula. doktor bagi ubat dan surat TCA untuk selalu lapor pada tarkh yang di beri.

aku pun pulang ke kompeni semula untuk menjalani latihan seperti biasa. tapi aku perlu selalu lapor diri dekat RSAT ikut tarikh yang doktor bagi. masa tu aku dah mula rasa tak nak pergi, tapi kena pergi kalau tak pergi nanti masalah juga. aku dah mula dengar nama aku naik untuk lembaga pemberhentian. dalam hati aku dah mula rasa tak keruan. tapi aku bercakap pada diri aku supaya buat hal tu macam biasa. mungkin budak-budak cakap hanya untuk takut kan aku. tapi makin hari makin kuat ura-ura tu. aku mula putus asa. aku tak tahu nak cakap apa. hati aku sentiasa tak tenang. sebab kalau nama naik lembaga pemberhentian, itu maknanya aku akan diberhentikan. tapi aku bersabar. hari terakhir TCA aku bersama doktor. jumpa doktor. doktor nasihat agar aku di berhentikan dari tentera, kerana penyakit yang aku alami ini akan bertambah teruk sekiranya aku teruskan. cukup 3 bulan aku di PUSASDA. akhirnya aku di berhentikan dari tentera. sedih, pilu, semua ada. sebab aku korbankan kerjaya aku di pos malaysia demi tentera tapi aku boleh di unfitkan dengan mudah. walaupun aku mohon pada komadan agar beri aku peluang untuk sihat atau pun turun skot. tapi komadan tak benar kan. menangis aku ya Allah dia sahaja yang tahu. namun aku redha. aku sabar. sampai lah hari terakhir aku di sana, sebelum balik berjumpa skot-skot yang lain. aku cuma mampu senyum dan menangis sahaja. aku berpelukan dengan buddy aku. menangis sama-sama. tapi masa telah berlalu. aku redha. aku pun di hantar pulang. perjalanan hidup aku yang muram bermula pada bulan APRIL 2017. tak ada kerja, tarikh nikah semakin hampir. aku pun jumpa tunang aku. dan minta tangguh tahun hadapan. di pun bersetuju. dalam setuju dia bergaduh juga. aku hanya mampu bersabar. bulan Mei 2017 aku dapat kerja dekat lombong emas, sebagai pemandu dump Truck. aku bersyukur sebab dapat kerja gaji yang mahal juga, sebulan 2500. ok la simpan 1800 sebulan sampai bulan Feb 2018 dapat  10800. aku pun gigih berkerja tak sampai 6 bulan kerja kena berhenti, sebab syarikat nak kurangkan orang. ya Allah besar sungguh dugaan engkau. bulan sep 2017 bulan terakhir aku kerja baru dapat simpan berapa ribu je. aku pun guna untuk beli cincin dan barang hantaran. dan tampung dekat dua bulan tak berkerja, akhirnya duit semakin sikit.

masa tu hidup aku terumbang ambing, sampai aku rasa dah tak nak hidup. majlis nikah dah tak lama. tapi duit simpanan sesen pon tak ada. akhirnya aku pilih untuk keluar sekali lagi dari kampung. aku berkerja di putrajaya sebagai krew operasi di syarikat kereta sewa. jadi itu la sedikit sebanyak dugaan yang aku lalui. walau apa pun terjadi. aku tetap akan lalui. meskipun hari nikah tu aku tak ada duit. aku percaya Allah ada bersama aku.

bersabar lah dengan dugaan yang datang. aku tau perit ny dugaan tu, kerana aku masih lalui dugaan itu lagi. apa yang penting solat 5 waktu sehari semalam tu penting. Semoga Allah bantu kita yang ingin mendirikan rumah tangga ini. amin. sekian terima kasih.

shaza1

Comments

  1. Cukup sedih apa yg saudara lalui..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. semoga kita peroleh kesabaran dan secebis keimanan dari Allah.

      Delete
  2. Bersabar bro pasti ada sinar di hadapan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara-Cara Report Instagram Yang Di Hacked.