Assalammualaikum kepada semua sahabat-sahabat yang saya kasihi. jadi hari ini aku nak ceritakan sedikit sebanyak, apa yang aku lalui sebelum dan selepas di vaksin. Pertamanya aku berharap korang semua sihat dan dilindungi oleh Allah S.W.T. Baiklah, semalam 21 julai 2021 jam 19.00 aku telah pergi ke pusat vaksin Mines International Exhibition & Covention Centre. Proses untuk mendaftar sangat mudah dan cepat, ketika hendak masuk ke pusat vaksin tersebut aku cuma scan qr code dan ikut sahaja laluan yang disediakan. Dan pastikan kita membuka aplikasi my sejahtera sepanjang berada disana, kerana segala maklumat tentang urusan kita disana akan dirujuk melalui aplikasi my sejahtera. Masa aku mula-mula nak naik keatas untuk ambil borang persetujuan suntikan vaksin covid19, aku rujuk pada aplikasi my sejahtera bagi mengetahui hall ataupun dewan apa yang aku perlu masuk. Sebab dia ada hall A, B, C, D dan sebagainya.


bila dah tahu hall apa, aku terus masuk ke hall itu dan diberikan borang persetujuan tersebut. peringatan sila bawa pen sendiri, namun jika tiada pen boleh beli pen yang dijual dengan harga seringgit sahaja. Ada staf mereka yang jual pen disitu, Selepas aku selesai mengisi borang aku tunggu dalam 3 ke 4 minit sahaja. Kemudian mereka panggil mengikut barisan kerusi yang disusun, untuk berjumpa dengan staf mereka bagi sesi soal jawab kesihatan. Masa soal jawab kesihatan ni kita kena bagi tahu semuanya, ada kencing manis, darah tinggi, gaut, buasir, kolestrol dan sebagainya. Kita kena bagi tahu apa sahaja sakit yang kita alami dan alahan yang kita alami, kerana mereka akan tulis diatas kertas itu apa sakit atau penyakit yang kita ada. setelah selesai disitu, kita akan naik keatas untuk berjumpa dengan doktor. Untuk pengetahuan korang, sebelum jumpa staf untuk soal jawab kesihatan tu kena ambil nombor ya. mereka telah pun sediakan nombor untuk kita, dan kita cuma perlu ambil dan tunggu sehingga nombor dipanggil.


jadi bila dah selesai dengan soal jawab, kita akan naik keatas untuk berjumpa doktor. jumpa doktor tak perlu menunggu. Cuma masuk sahaja dan pergi ke meja yang kosong, masa jumpa doktor. Doktor akan cop dan sign pada borang kita dan akan menyuruh kita sign borang tersebut. borang setuju terima vakisn itu kita tak sign lagi sehingga disuruh. Jadi jangan pandai-pandai sign ye. Jadi masa jumpa doktor, doktor akan terangkan vasksin apa yang kita akan dicucuk dan selepas itu, doktor akan bagi tahu langkah-langkah yang perlu diambil seperti makan panadol jika rasa pening-pening. Dan akan tanya sakit apa yang kita ada, setelah selesai berjumpa doktor kita akan terus kedepan untuk urusan pengambilan vaksin pula. Untuk pengambilan vaksin ni masa dia dalam 10 ke 15 minit sebab ramai kan. jadi yang akan menguruskan kita ke kios mana tu atas sukarelawan disana. macam aku semalam mereka panggil ikut baris. Bila tiba giliran aku dipanggil, aku cuma pergi dan duduk dikerusi dan doktor yang cucuk vaksin itu akan tunjuk jenis vaksin yang akan aku terima dan berapa ml akan aku terima. selepas itu dia akan cucuk. masa doktor cucuk  tak rasa apa pun, tahu-tahu dah siap. 


jadi hari ni hari pertama aku lalui kehidupan dengan vaksin di dalam badan. Buat masa ni tak ada apa-apa kesan seperti sakit kepala, pening, lemah badan dan sakit otot. Segalanya baik-baik sahaja dan tiada apa-apa kesan. mungkin masih awal sebab tu tiada kesan, ataupun memang anti body aku kuat, sebab tu tak ada kesan dan alahan. jadi selepas selesai ambil dos pertama kita akan disuruh rehat 15 minit, dan serahkan borang persetujuan itu untuk mereka beri tarikh untuk dos kedua pula. nanti mereka akan panggil nama kita. Dan seterusnya kita pergi kedepan dan ambil balik borang dan juga kad temujanji dos kedua, pastikan kita semak betul-betul nama dan no ic kita yang dia tulis pada kad temujanji kita itu.


jadi itu lah, sedikit sebanyak cerita yang boleh aku sampaikan kepada korang semua. semoga ada manafaat. Dan maafkan aku jika penulisan ini tidak sebagus yang korang harapkan. Sekian terima kasih, dan aku mendoakan semua orang dilindungi oleh Allah dari virus covid 19 ini, amin.


sedikit manafaat dan pengetahuan jenis vaksin

• Vaksin Covid-19 mRNA keluaran Pfizer-BioNtech 

• Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Astra Zeneka

• Vaksin Covid-19 inactivated keluaran Sinovac

• Vaksin Covid-19 recombinant viral vector keluaran Cansino 

• Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Gamaleya


Comments

Popular posts from this blog

Cara-Cara Report Instagram Yang Di Hacked.

Dugaan Pertunangan