NAJIB RAZAK DAN MAHKAMAH
11 Nov 2019, mungkin tarikh yang akan di ingati oleh penyokong dan pemimpin Barisan Nasional. Serta kepimpinan Pas, Dato Seri Najib Razak diperintah membela diri bagi kesemua tujuh pertuduhan, menyeleweng sejumlah RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd. bagi penyokong-penyokong kuat Dato Seri Najib Razak, sudah pasti keputusan ini mengecewakan mereka. Kerana Dato Seri Najib Razak adalah pemimpin mereka yang berjiwa rakyat. Dan bagi mereka penyokong-penyokong Dato Seri Najib Razak, ianya seperti perancangan dari pihak lawan yang ingin melihat Dato Seri Najib Razak, jatuh serta dihumban ke penjara. Namun kita perlu mengikuti kes ini dari awal, serta memahami kes yang di hadapi oleh Dato Seri Najib Razak.
Yang pertama, mari kita fahami maksud prima facie. Maksud Prima Facie boleh diertikan sebagai sekilas pandang, sekali imbas atau sepantas lalu. Keterangan prima facie pula membawa maksud keterangan yang menyakinkan Mahkamah bahawa keterangan yang ditemukan adalah mencukupi untuk memastikan wujudnya elemen utama dalam pertuduhan jenayah. Beban untuk mengemukakan keterangan prima facie ini adalah terletak kepada pihak pengadu atau pihak pendakwa. Jadi kes ini akan berlarutan bertahun-tahun lamanya, bagi pihak pendakwa untuk membuktikan wujudnya jenayah, dan pihak Dato Seri Najb Razak pula perlu membuktikan bahawa beliau tidak bersalah
Berikut, adalah penjelasan prima facie. Jadi adakah Dato Seri Najib Razak mempunyai kelebihan dalam situasi seperti ini. mari kita ikuti apa yang telah di sampaikan dari orang kuat Dato Seri Najib Razak, sebelum dan selepas di perintah membela diri.
(1)
POSTING SEBELUM PERINTAH. DARI, DR. SHAMSHER SINGH THIND
BELIAU MERUPAKAN SEORANG PEGUAM JENAYAH
(2)
DARI DR. SHAMSHER SINGH THIND
(3)
POSTING DARI, NABEEL NAQIE. SEORANG PELAJAR UITM.
Untuk memahami kes Dato Seri Najib Razak, tuan-tuan dan puan-puan boleh ke facebook mereka, untuk membaca dan memahami cerita sebenar bagi kes ini. Bagi saya, saya sering mengikuti penama facebook Nabeel Naqie. Kerana dia banyak menterjemahkan PC dari Tan Sri Shafie Abdullah. Dan apa yang diterjemahkan tiada tokok tambah. Sebaliknya dia menterjemahkan setiap apa yang di sebut oleh Tan Sri Shafie Abdullah secara benar, dan kata-kata yang disebut dihadapan mahkamah. selain itu Dato Seri Najib Razak sendiri ada mengeluar kenyataan di laman facebook nya sendiri.
(4)
POSTING DARI DATO SERI NAJIB RAZAK
Jadi, itulah sedikit sebanyak penjelasan dari pihak Dato Seri Najib Razak sendiri. Kes ini dijangkakan akan berlarutan sehingga PRU15 akan datang. Sedikit sebanyak akan menjejaskan reputasi Barisan Nasional, sekiranya pihak lawan sering menggunakan kes ini sebagai modal politik. ,Meskipun kita lihat, sokongan rakyat semakin hari, semakin meningkat naik kepada pihak Barisan Nasional. Tidak lupa juga dengan Pas yang mungkin akan terkena tempias yang sama, oleh kerana kita sedia tahu bahawa Umno Barisan Nasional dan Pas telah pun menjalinkan Penyatuan Ummah. dan kini menjadi Muafakat Nasional.
Selain itu, hasil dari pemantauan saya di media-media sosial. Penyokong-penyokong dari parti lawan telah pun menunjukan reaksi mereka, dengan pelbagai tomahan, seperti menghina dan menghukum Dato Seri Najib Razak. Pada hemat saya, sebagai bangsa yang bertamadun serta berpegang kuat pada agama. Tidak kira lah sama ada Dato Seri Najib Razak bersalah atau tidak. Wajar sekiranya kita tidak menghukum dengan terlau cepat. Kerana kita tidak tahu hakikat sebenar bagi kes ini. Bagi saya selagi mana kes ini tidak selesai. Selagi itu kita perlu menjaga tutur kata dan lontaran kita kepada Dato Seri Najib Razak dan keluarga. Dalam politik ini kita tidak boleh membenci dan menghina. Kerana jka keputusannya diluar jangkaan kita. Kita juga yang akan menyesal, adalah lebih baik, sekiranya kita rasa yang Dato Seri Najib Razak itu bersalah, berdoalah pada Allah semoga dia diberi hidayah. Saya beri satu ayat yang dipetik oleh wabillah blogspot. [wahai seklian manusia yang berimn dengan lidahnya.(namun) belum masuk iman kedalam hatinya. janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim maka Allah akan membuka aibnya dan siapa yang aibnya dibuka Allah maka dia akan membukanya sekalipun didalam rumahnya] (HR Muslim, Abu Daud dan At Tirmidzi). Jadi itulah sisi kita sebagai orang melayu islam, kita harus mencerminkan keperibadian kita, boleh dikatakan nama Dato Seri Najib Razak ini paling popular terutama dalam Pru atau Prk, saya tak pasti sama ada suatu hari nanti jika Dato Seri Najib Razak meninggalkan dunia ini adakah parti lawan akan guna lagi nama Dato Seri Najib Razak sebagai modal politik. namun ini lah politik, ianya akan jadi sebaliknya bila sampai waktunya. siapa sangka apa yang disiar oleh Raja Petra Kamarudin ini akan jadi kenyataan.
(5)
POSTING DARI RAJA PETRA KAMARUDIN
bagi saya, saya mendoakan kemenangan buat Dato Seri Najib Razak jika dia tidak bersalah. Namun sekiranya Dato Seri Najib Razak didapati bersalah suatu masa nanti. saya mendoakan semoga dia dihukum dengan adil dan mendapat hidayah dari Allah. Jadi ini adalah sedikit sebanyak penulisan dari saya, semoga ianya bermanafaat. Saya memohon maaf sekiranya ada penulisan saya yang tidak sedap dibaca dan ada kesalahan. apa yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan apa yang salah itu dari diri saya sendiri. Sekian terima kasih.
Comments
Post a Comment